Popular Posts

Wednesday, 27 July 2011

PERMASALAHAN SEJARAH ISLAM: PUNCA DAN PENYELESAIANNYA Disiarkan di Majalah I Keluaran September 2005

Di dalam bahagian pertama tulisan saya (Majalah I Ogos 2005), kita telah sama-sama meneliti bagaimana Syiah memainkan peranan yang besar di dalam menabur racun kepalsuan terhadap kemurnian Sejarah Islam. Ini tertumpu kepada era al-Khulafa’ ar-Rashideen dan zaman awal Bani Umayyah yang menjadi era penentu kepada survival sirah perjalanan umat Islam secara keseluruhannya. Jika para Sahabat dapat ditumbangkan melalui sejarah, maka akan tumbanglah seluruh tubuh badan umat kerana generasi tersebutlah yang menjadi penyampai pertama risalah Islam dari Rasulullah SAW kepada sekalian umat.

Kita sama-sama menyedari bahawa Sejarah adalah bukti universal yang amat berkesan untuk mensabitkan sesuatu. Jati diri umat Islam dan keyakinan mereka untuk kembali bangkit selepas siri keruntuhan, berkait rapat dengan sejauh mana mereka berjaya menghayati Sejarah generasi terdahulu yang menyajikan pelajaran berharga. Di atas dasar inilah, Sejarah Islam terus menjadi sasaran musuh untuk dikelirukan supaya umat yang sedang bangun ini akan terus terpukul di belakangnya dengan pemahaman Sejarah yang salah dan mengecewakan.


KEPENTINGAN DOKUMENTASI SEJARAH

Dokumen-dokumen yang menjadi sumber premier kepada Sejarah disebut di dalam Bahasa Arab sebagai watheeqah. Ia berasal dari kata umbi thiqah yang bermaksud kepercayaan. Dalam erti kata yang lain, kepercayaan terhadap sesuatu fakta Sejarah berkait rapat dengan hal ehwal yang bersangkutan dengan dokumen yang dirujuk. Muhammad Mahir Hamadah menukilkan kata, “tiada Sejarah tanpa dokumen” dan pada satu tahap, kata-kata itu memang benar.

Hal ini sememangnya telah diterima dengan baik oleh umat Islam zaman berzaman. Walaupun kita menghadapi pelbagai kesukaran untuk mendapatkan dokumen Sejarah bagi era awal Islam akibat kemusnahan yang dicetuskan oleh Perang Salib, Perang Tatar ke atas Baghdad dan sebagainya, sedikit sebanyak tradisi mendokumentasikan bahan rujukan Sejarah terus berkembang dan berwaris. Di zaman Bani Umayyah dan Abbasiyyah, pelbagai ‘Diwan’ ditulis sebagai dokumen pemerintah dan rujukan. Manakala di zaman kerajaan Uthmaniyyah, urusan-urusan kerajaan khususnya semasa peperangan, direkod oleh penulis rasmi kerajaan yang dikenali sebagai ‘vakanuvis’. Malah dari sudut pencapaian kemajuan sistem pentadbiran negara, umat Islam amat terkehadapan berbanding masyarakat yang lain. Kesimpulannya, pelbagai dokumen berupa manuskrip, di samping buku-buku karangan ulama pelbagai zaman, tersedia untuk dirujuk dan dikaji ke arah mengeluarkan khazanah mutiara Sejarah Islam yang amat berharga itu.

Walau bagaimanapun, usaha membentangkan sejarah kepada masyarakat menghadapi beberapa cabaran yang wajar dihalusi untuk mengatasinya. Walaupun umat Islam agak beruntung kerana kesedaran dan usaha merakamkan peristiwa-peristiwa penting telah sedia wujud semenjak dari generasi pertama Islam, namun bahan-bahan tersebut tetap berhadapan dengan beberapa ciri yang menyulitkan pengkaji.






1. Catatan Yang Tidak Seimbang

Era awal seperti Sejarah Bani Umayyah hanya dirakamkan oleh ahli sejarah seperti al-Imam at-Thabari kebanyakannya dari sudut siasah. Oleh itu kebanyakan catatan adalah berkisar tentang pemerintahan, silih pergantian pemimpin dan peristiwa yang berkaitan dengannya serta peperangan yang berlaku. Akan tetapi, pengkajian dari dimensi ketamadunan seperti ekonomi dan sosio budaya, tidak banyak dibantu oleh karya at-Thabari.

Kesan daripada ketidakseimbangan ini dapat dilihat daripada kecenderungan tanpa sedar sesetengah kita yang selalunya mendapat gambaran bahawa apabila disebut Sejarah Islam, perhatiannya terlalu banyak difokuskan kepada aspek siasah semata-mata. Oleh yang demikian, persembahan Islam yang dilakukan kepada masyarakat, khususnya kepada non-Muslim, dilakukan dalam bentuk yang kurang menonjolkan keindahan dan ‘manfaat’ yang relevan kepada paradigma pemikiran non-Muslim. Mesej terhadap hak non-Muslim banyak terfokus kepada jaminan keselamatan mereka dari gangguan dan ketidakadilan semata-mata. Mereka kurang dapat melihat bagaimanakah mereka boleh terus berniaga, hidup berkualiti dan maju di bawah sistem Islam kerana sentiasa menyebut tentang soal jaminan hak dan keselamatan. Ia memberikan gambaran secara reverse psychology seolah-olah hidup di bawah sistem Islam sentiasa berhadapan dengan ancaman keselamatan.


2. Taasub Kaum dan Bangsa di Dalam Dokumentasi

Suatu perkara yang diketahui umum, bahawa era Abbasiyyah mengalami kesuburan sentimen anti Bani Umayyah. Ia turut memberikan kesan kepada bahan-bahan rujukan yang dihasilkan di zaman Abbasiyyah yang banyak bercorak prejudis terhadap Bani Umayyah. Misalnya, koleksi khutbah Bani Umayyah yang mencela Ahlul Bayt, banyak yang seni bahasanya menunjukkan bahawa khutbah itu berbahasa Arab era Abbasiyyah dan bukannya Umayyah. Hal ini memerlukan ketelitian para pengkaji agar tidak terdorong untuk menerima bulat-bulat segala yang dipaparkan.

Malah dari satu sudut yang lain, kajian terhadap Bani Umayyah hanya tertumpu kepada unsur-unsur yang terhad dan tidak menyeluruh lantaran halangan yang dibentuk oleh sifat prejudis itu tadi [Dirasah Wathaqiyyah li at-Tarikh al-Islami wa Masadiruhu min ‘Ahd Bani Umayyah Hatta al-Fath al-Uthmani li Suria wa Misr oleh Muhammad Mahir Hamadah]


3. Permasalahan Bahasa

Perbezaan di antara rujukan di satu zaman dengan zaman yang lain bukan hanya tertumpu kepada teknik merekod, malah bahasa yang digunakan juga mengalami perkembangan dan perubahan. Pengkajian sejarah era Seljuk memberikan keutamaan kepada dokumen berbahasa Parsi berbanding dengan yang berbahasa Arab. Hal ini perlu diambil kira oleh pengkaji supaya sebarang pertentangan fakta diselesaikan dengan mengambil kira aspek bahasa yang dominan di zaman tersebut.

Amat malang apabila pengkajian sejarah era Daulah Othmaniyyah tidak bermula dengan penguasaan bahasa sumber rujukan. Tidak ramai pengkaji, khususnya dari kalangan Muslim, yang mempelajari bahasa Turki dan bahasa Othmaniyyah (Osmanlıca) sebagai langkah pertama untuk mendalami sejarah era Othmaniyyah. Hal ini amat berbeza dengan pendekatan para orientalis, misalnya Bernard Lewis yang bukan sahaja memulakan pengkhususan beliau di bidang ini dengan menguasai bahasa Turki, malah berkahwin terus dengan wanita berbangsa Turki untuk mendalami bahasa dan kebudayaan mereka.

Kesannya dapat dilihat, apabila tokoh terbilang seperti Hamka, hanya berupaya merujuk buku-buku yang dikarang oleh orientalis Belanda untuk menghasilkan penulisan tentang era Othmaniyyah di dalam bukunya yang terkenal, Sejarah Umat Islam. Ia bukanlah suatu keaiban terhadap Hamka memandangkan kepada rujukan yang amat terhad pada masa itu. Namun perlulah kita mengambil pelajaran untuk tidak mensesiakan penyelesaian yang berada di depan mata hari ini.

Atas kesedaran betapa pentingnya penguasaan bahasa dan teknik pembacaan sumber rujukan seperti manuskrip dan kitab-kitab lama, Universiti Ankara di Turki telah menubuhkan Fakulti Bahasa dan Sejarah-Geografi atau lebih dikenali sebagai Dil ve Tarih-Coğrafya Fakültesi.

Sesungguhnya ketidakupayaan pengkaji sejarah menguasai bahasa sumber rujukan premier, mengundang kepada kecacatan yang besar di dalam pembentangan hasil kajian Sejarah. Lebih-lebih lagi, di Republic of Turkey Prime Ministry General Directorate of State Archives menjelaskan bahawa masih terhadap 150 juta keping dokumen berupa manuskrip dan surat-surat rasmi di sepanjang pemerintahan kerajaan Othmaniyyah yang masih belum disentuh untuk dikaji! Semestinya banyak lagi khazanah yang boleh digali, khususnya yang berkaitan dengan hubungan pemerintahan Daulah Othmaniyyah ke atas umat Islam di Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.


4. Sumber Rujukan Yang Terkurung

Satu lagi faktor yang menjadi cabaran kepada pengkaji ialah bagaimana banyak bahan rujukan Sejarah kita tersimpan di institusi-institusi yang amat rumit untuk ditembusi. Khususnya selepas kekalahan umat Islam semasa Perang Dunia Pertama, umat Islam telah ditimpa dengan suatu kebodohan yang merugikan apabila banyak manuskrip dan bahan Sejarah yang diberikan secara percuma kepada kuasa barat untuk dibawa ke muzium-muzium Eropah demi sedikit habuan yang tidak seberapa. Hari ini, umat Islam berhadapan dengan kesulitan apabila terpaksa pergi ke negara-negara Barat yang sesetengahnya mengenakan pelbagai polisi yang rumit, semata-mata untuk membolehkan kita membaca dan mengkaji hasil tulisan datuk nenek moyang kita sendiri.

Kita lihat, misalnya usaha untuk mendapatkan manuskrip dari Perpustakaan Suleymaniye di Istanbul, menuntut kita berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi. Lebih menyulitkan jika bahan tersebut berada di sesetengah negara Arab yang amat curiga dan skeptik dengan permohonan mendapatkan manuskrip di perpustakaan mereka.

Lebih mencabar lagi, peperangan yang berlaku di bandar seperti Baghdad sudah semestinya mengorbankan khazanah bahan rujukan sejarah Islam yang sama tragisnya dengan kematian penduduk bandar ‘berhantu’ itu.


5. Taasub Kaum dan Bangsa di Dalam Penafsiran Sejarah

Permusuhan di antara masyarakat Abbasiyyah dengan Bani Umayyah tidak terhenti di zaman tersebut sahaja malah berlarutan hingga ke hari ini. Ia lebih ketara selepas kemusnahan jati diri umat Islam sewaku hancurnya Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924. Penyebaran fahaman nasionalisma perkauman telah mendorong kepada sikap tidak adil dan prejudis di dalam penafsiran Sejarah Islam.

Orang Arab melihat kuasa Othmaniyyah Turki sebagai kuasa penjajahan dan ia menjadi teras kepada penulisan ramai dari kalangan pengkaji Arab. Mereka melabelkan Sultan Abdul Hamid II sebagai ‘Sultan Merah’ yang kejam, zalim dan sebagainya. Senada dengan tuduhan Syiah terhadap peribadi seperti Muawiyah bin Abi Sufyan RA. Manakala bangsa Turki pula memandang orang Arab sebagai pengkhianat dan mereka menulis sejarah tentang gerakan Revolusi Arab dan lain-lain dengan bahasa kebencian yang melampaui realiti sebenar.


6. Sikap Terhadap Amanah Ilmu

Sekali lagi masalah sikap diketengahkan sebagai punca permasalahan Sejarah Islam. Kecenderungan masyarakat kita untuk mendengar hanya berita yang dramatik, sensasi dan panas, mengundang kepada munculnya penulisan-penulisan yang cuba untuk bermain dengan akal dan emosi semata-mata. Ini mendorong kepada pengambilan bahan Sejarah yang boleh menarik pembaca tetapi tidak sedikitkan membantu kepada pembelajaran Sejarah.

Misalnya jika di zaman sahabat Rasulullah SAW, riwayat-riwayat sahih tentang Majlis Tahkim tidak dipedulikan, sebaliknya tertumpu kepada riwayat palsu yang menceritakan penipuan para sahabat, sikap gila kuasa dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak berpunca daripada keadaan riwayat sahih yang tidak mempunyai unsur panas yang diperkatakan tadi.


7. Kesilapan di Dalam Pendekatan Pembelajaran Sejarah

Pembelajaran Sejarah Islam banyak tertumpu kepada mengetahui apa yang berlaku pada satu-satu masa menurut kronologi peristiwa sahaja. Amat kurang usaha untuk mengambil manfaat daripada penafsiran Sejarah malah subjek Sejarah di sekolah hanya tertumpu kepada menjawab soalan berasaskan teknik PES iaitu menjawab soalan peperiksaan melalui skop politik, ekonomi dan sosial! Sedangkan suntikan roh sejarah amat kurang diusahakan.

Kita juga kurang mengenali aspek Fiqh at-Tarikh, iaitu ilmu berhubung dengan asas-asas kepada ilmu Sejarah, cara mengenali sumber rujukan dan permasalahan yang memerlukan perhatian, teknik menafsir bahan Sejarah dan lain. Sebagai analogi, kita kenal ilmu Fiqh tetapi mengabaikan Usul al-Fiqh. Justeru ramailah yang membuat kesilapan semasa mempelajari Sejarah.


8. Bidang Yang Ketinggalan dan Tidak Komersil

Walaupun Sejarah Islam merupakan bidang yang amat penting di dalam ‘membina manusia’ di dalam sesebuah masyarakat, rata-rata ia bukanlah menjadi subjek pilihan pelajar yang mahu menempah tempat di Institusi Pengkajian Tinggi. Hal ini berlawanan dengan kesedaran yang wujud di negara-negara sosialis di mana golongan cerdik dan bijak pandai dipilih untuk mendalami ilmu-ilmu yang membentuk manusia.

Semasa saya meluangkan masa sepanjang hari selama seminggu di Perpustakaan IRCICA di Yildiz Sarayi untuk menyiapkan beberapa penyelidikan, saya berapa kecewa kerana hampir-hampir tidak ada orang Islam yang datang mengkaji Sejarah dan Tamadun Islam di situ. Kebanyakan pengkaji adalah terdiri daripada pengkaji British, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Oleh itu, kita berharap agar pengkajian Sejarah Islam di peringkat universiti dapat dipertingkatkan persembahannya. Para ahli akademik janganlah tenggelam di dalam dunia akademiknya sehingga tidak turun dengan ilmu dan kepakarannya kepada masyarakat. Manakala para pendakwah, penulis dan mereka yang bekerja di tengah-tengah masyarakat pula hendaklah bertanggungjawab mempersembahkan teladan Sejarah secara amanah dan bersandarkan kepada sumber yang sahih lagi muktamad.

Kelalaian di dalam memelihara imbangan antara kedua-dua ini akan hanya menjadikan bangsa kita iaitu bangsa Muslim, membina kediamannya di persada tamadun kemanusiaan dengan bangunan yang lebih pasir dan simen, menanti hari rebah ke bumi, lemah kepercayaan kepada Tuhan dan tiada keyakinan diri.

KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH

KISAH EVOLUSI MANUSIA
Dakwaan para penyokong evolusi tidak berhenti setakat ini sahaja, tetapi mereka juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia.
Sama ada Darwin atau para penyokong evolusi lain mempunyai bukti untuk mempertahankan dakwaan mereka. Kenyataan ini sepenuhnya khayalan. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa bertanggungjawab terhadap Allah. Sebaliknya, ini menyebabkan mereka melupakan nilai-nilai agama mereka dan mementingkan diri. Orang yang mementingkan diri tidak akan mempunyai perasaan kasih kepada manusia lain daripada keluarganya. Kamu lihat, para penyokong evolusi cuba menjauhkan manusia daripada perasaan baik, kerana itulah mereka mempertahankan teori evolusi ini. Matlamat mereka adalah supaya manusia melupakan Allah, dan untuk itu mereka memberitahu setiap orang, "Allah tidak menjadikan kamu. Kamu berasal daripada beruk, jadi kamu ini adalah binatang yang telah maju".
Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. Dibandingkan dengan hidupan lain, manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira dan membuat pilihan, adalah bijak, dapat membentuk ketamadunan dan dapat berkomunikasi pada peringkat tinggi. Allahlah yang telah memberikan semua sifat-sifat ini kepada manusia.
Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau membuat keputusan sepertimana yang kita lakukan.
PARA PENYOKONG EVOLUSI TIDAK DAPAT MEMBERIKAN SEBARANG BUKTI MANUSIA BERASAL DARIPADA BERUK
Di dalam bidang sains, adalah sangat penting untuk mendapatkan "bukti". Apabila kamu mengemukakan dakwaan, dan kamu mahu orang lain mempercayainya, kamu perlu mengemukakan bukti. Contohnya, sekiranya kamu memperkenalkan diri kamu kepada seseorang dan berkata, "Nama saya Omar" dan dia berkata kepada kamu, "Saya tidak percaya nama kamu adalah Omar", dalam keadaan ini kamu perlu mempunyai bukti bahawa nama kamu adalah Omar. Apakah bukti kamu? Kad pengenalan boleh menjadi bukti, atau sijil kelahiran, atau passport, atau mungkin buku laporan kamu. Jika kamu mengemukakan ini kepada lelaki tersebut sudah tentu dia tidak akan menolak.
Sekarang kami akan memberikan satu contoh saintifik. Ada seorang ahli sains bernama Newton yang tinggal pada akhir abad lepas (abad ke-19) mendakwa adalah 'graviti' di bumi. Dia menjawab kepada mereka yang bertanya kepadanya bagaimana dia mengetahuinya, "Apabila sebuah epal jatuh daripada pokok, ia akan jatuh ke bawah. Ia tidak terapung-apung di udara". Ini bererti bahawa terdapat satu tenaga menarik epal tersebut ke bumi dan dia menggelarnya graviti.
Begitu juga, para penyokong evolusi perlu mengemukakan bukti-bukti yang membolehkan teorinya diterima. Sebagai contoh, teori evolusi menyatakan moyang manusia adalah beruk. Kita boleh menyoal mereka: Dari mana kamu mendapat idea ini dan di manakah bukti kamu?
Jika moyang manusia adalah beruk, kita pasti dapat menemui fosil makhluk separuh manusia separuh beruk sebagai bukti. Bagaimanapun, fosil ini belum pernah ditemui sehingga hari ini. Kita hanya menemui fosil manusia atau beruk. Ini bererti para penyokong evolusi telah gagal mengemukakan bukti bahawa beruk adalah moyang manusia.
Muslihat Evolusi
1. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar di atas. Dengan melukis gambar-gambar ini, para penyokong evolusi cuba mengelirukan masyarakat. Sebenarnya, makhluk-makhluk seperti ini tidak pernah wujud. Dari zaman dahulu lagi telah wujud manusia yang sempurna dan beruk yang sempurna seperti yang ada pada hari ini. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk yang dilukis di bawah ini pernah wujud. Ia terlalu mustahil untuk berlaku. Seperti yang telah kami katakan, tidak ada satupun fosil pernah ditemui.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi sering mencuba helah baru. Contohnya, apabila menemui satu fosil kepunyaan satu spesies beruk yang telah pupus mereka mendakwanya sebagai fosil satu makhluk di antara beruk dan manusia. Bagi mereka yang kurang arif dalam subjek ini, akan dengan mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh para penyokong evolusi.
2. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Seperti yang kamu ketahui, terdapat berbagai jenis kumpulan etnik manusia di dunia ini. Terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, Cina, Orang Indian Amerika, Turki, Eropah, Arab dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Contohnya orang Cina mempunyai mata sepet; sebahagian orang Afrika mempunyai kulit gelap dan rambut kerinting. Apabila kamu melihat seorang Indian Amerika dan seorang Eskimo, kamu pasti dapat mengetahui kedua-duanya berasal daripada etnik yang berbeza. Dahulu, terdapat banyak kumpulan-kumpulan etnik dan sebahagian daripada sifat-sifat mereka berbeza dengan manusia sekarang.

Bagaimana mustahilnya dan gilanya perubahan di dalam gambar ini berlaku, begitu juga mustahilnya dakwaan para penyokong evolusi!
Contohnya, tengkorak manusia bangsa Neanderthal adalah lebih besar daripada manusia hari ini, dan otot-otot mereka juga lebih kuat daripada kita.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, "Ini adalah tengkorang moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu". Kadang kala fosil tengkorak yang ditemui adalah lebih kecil daripada saiz tengkorak manusia hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata, "Pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia".
Sebenar, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil daripada tengkorak yang maju. Contohnya, ukuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain.
Orang Indonesia Orang China Orang Yunani Orang India Orang Asli Australia

Kamu dapat lihat di atas ini kumpulan-kumpulan etnik berbeza yang hidup kini. Tengkorak-tengkorak di sebelah juga kepunyaan bangsa-bangsa berbeza. Seperti yang dapat kamu lihat, terdapat banyak bangsa wujud kini, dan kebanyakan bangsa-bangsa ini mempunyai tengkorak berbeza di antara satu sama lain. Penyokong-penyokong evolusi menggunakan tengkorak-tengkorak yang berbeza ini dan mengemukakannya sebagai spesies-spesies berbeza. Sebenarnya, perbezaan-perbezaan di antara ciri-ciri tengkorak ini tidak menunjukkan perbezaan spesies tetapi perbezaan bangsa-bangsa manusia.
(a,b,c) Bangsa-bangsa Utara
(d,e,f) Bangsa Amerika Afrika
(g,h,i) Bangsa Australia
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa fosil-fosil yang para penyokong evolusi kemukakan sebagai bukti berubahan manusia daripada beruk sebenarnya adalah kepunyaan spesies beruk awal atau bangsa manusia yang telah pupus. Ini bererti makhluk separuh manusia dan separuh beruk tidak pernah wujud.
PEMBOHONGAN PARA PENYOKONG EVOLUSI TERBESAR
1. Penipuan Piltdown Man
Pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun, dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk.
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: Tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja.
Kebenaran telah diketahui kemudiannya: Seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang.
Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh-manusia dan separuh-beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu.
Peristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.
2. Penipuan Nebraska Man
Lukisan Nebraska Man berdasarkan kepada sebatang gigi. Sungguh aneh imaginasi para penyokong evolusi.
Pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Berikut adalah sekeping gambar satu makhluk yang digambarkan wujud di antara manusa dan beruk telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi. Sebahagian lebih melampau dengan melukis sebuah keluarga makhluk khayalan ini.
Semua lukisan ini dihasilkan berdasarkan kepada hanya sebatang gigi... sekarang fikirkan seketika. Jika sebatang gigi kamu gugur, dan seseorang yang tidak pernah mengenali kamu menemuinya dan mendakwa dia dapat melukis gambar kamu dengan hanya berpandukan kepada gigi tersebut, apakah kamu akan mempercayainya? Tidakkah ia seperti satu penipuan, jika dia juga mendakwa dapat melukis seluruh keluarga kamu? Sudah tentu tidak masuk akal untuk menghasilkan sebuah lukisan satu makhluk dan keluarganya hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beruk.
Ia kepunyaan seekor babi...
Kejadian ini merupakan malapetaka kepada para penyokong evolusi.
Sebuah lukisan yang muncul di dalam Sunday Times pada 5 April 1964 Lukisan Maurice Wilson Lukisan N. Parker daripada National Geographic pada September 1960
Bukti Manusia Tidak Berasal Daripada Beruk
1. Para Pakar Sains telah menemui fosil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini. Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. Mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud.

Ini adalah tengkorak berusia 800 ribu tahun kepunyaan seorang manusia. Ini membuktikan para penyokong evolusi menipu.
Contohnya, di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. Wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. Tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 ribu tahun dahulu. Jelaslah melalui penemuan fosil Sepanyol ini, bahawa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. Tidak pernah wujud makhluk separuh-manusia separuh-beruk.
2. Para pakar sains telah menemui saki baki sebuah pondok batu. Apabila mereka menghitung usianya, mereka menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun. Ini bermakna manusia yang hidup 1.5 juta tahun dahulu telah bertamadun. Mereka adalah manusia biasa seperti manusia sekarang. Ini menambahkan lagi kejelekan dakwaan para penyokong evolusi manusia berasal daripada beruk, dan bahawa manusia pertama wujud adalah manusia primitif (separuh-manusia separuh-beruk) yang kemudiannya telah berubah menjadi manusia hari ini.
3. Salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenal pasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun, dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8 m (5' 9") jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk.
4. Manusia, di kalangan semua hidupan, adalah satu-satunya makhluk yang dapat berdiri tegak di atas dua kaki. Haiwan seperti kuda, anjing dan beruk berjalan dengan empat kaki, dan haiwan seperi ular, buaya dan cicak adalah reptilia.
Teori evolusi mendakwa bahawa, berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. Kajian yang dilakukan oleh para pakar sains beberapa tahun mutakhir ini membuktikan dakwaan para penyokong evolusi ini tidak saintifik.


Adalah mustahil untuk beruk yang berjalan bongkok dengan empat kaki untuk berubah berjalan tegak dengan dua kaki.
Kajian mendapati semua makhluk menggunakan tenaga mereka ketika berjalan dengan dua kaki atau empat. Mereka menggunakan dua kali ganda tenaga apabila mereka berjalan bongkok dan bukan gaya semula jadi mereka.
Kalau begitu, mengapa beruk berjalan bongkok, menggunakan dua kali ganda tenaga, untuk beribu-ribu tahun? Seperti seorang lelaki dewasa yang cuba merangkak dengan muatan penuh di belakangnya. Apakah kamu, yang lebih selesa berjalan dengan dua kaki, tiba-tiba memilih untuk berjalan dengan menggunakan tangan? Sudah tentu tidak ada makhluk yang akan mengubah cara berjalan yang selesa kepada gaya jalan yang tidak selesa.
Kesimpulannya, teori evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini, "Mengapa beruk berkaki empat, memilih untuk pada suatu hari untuk berjalan dua kaki?"
Perbezaan Besar
Apakah logik jika dikatakan manusia berubah daripada Sotong Kurita hanya kerana matanya seperti mata manusia.
Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa dan beruk tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa, mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini.
Para penyokong evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Apakah terdapat kuasa semuala jadi yang dapat memberikan kebolehan-kebolehan seperti melukis, berfikir, atau meniru beruk lain? Sudah tentu tidak!
Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia adalah manusia dari mula ia dijadikan. Ikan adalah ikan dan burung adalah burung. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah adalah Pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

Doa Qunut Dan Bangun Dari Sujud

Doa Qunut Dan Bangun Dari Sujud
Salam

Soalan 1:
Adakah ada nas untuk duduk sebelum bangun dari sujud i.e rakaat 1 dan 3 pada solat Zuhur.

Jika tiada, boleh ke kalau buat(walaupun tak dianggap ibadah)

Sekiranya kita melakukannya, katalah lupa tu rakaat 2 padahal rakaat 1, takpe ke?


Soalan 2:
Merujuk kepada isu Qunut di:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32298

-sekiranya berimamkan imam yang Qunut, adakah kita kena ikut Qunut juga, dan apakah hukumnya sekiranya makmum berdiri,tetapi senyap saja.

-sekiranya makmum memilih untuk ikut qunut, pernah dengar pendapat bahawa Qunut samada perlu Amin pada bacaan imam, ataupun masing2 baca bacaan qunut keseluruhannya. betul ke.

-style Qunut yg diketahui di malaysia ialah amin pada beberapa rangkap awal.. kemudian baca masing2 senyap. betul ke tu.

Wassalam
_________________

Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jawapan 1:

- Duduk yang dimaksudkan dinamakan duduk istirahah, iaitu: duduk sekejap sebelum bangun daripada rakaat pertama, dan rakaat ketiga.

- Terdapat nas yang sahih dan jelas bahawa Nabi SAW melakukan duduk istirahah, iaitu hadis Malik bin Huwairith r.a.

أنه رأى النبي صلى الله عليه و سلم يصلي فإذا كان في وتر من صلاته لم ينهض حتى يستوي قاعدا

Maksudnya: Beliau melihat Nabi SAW bersolat. Apabila baginda berada dalam rakaat ganjil daripada solatnya (yakni selesai sujud pada rakaat pertama dan ketiga), baginda tidak bangkit sehingga duduk tetap (sekejap).
Direkod oleh Bukhari (no: 789).

Sahabat yang meriwayatkan hadis ini ialah Malik bin Huwairith. Beliau datang ke Madinah beberapa hari untuk mengambil ilmu dengan baginda. Ketika tempoh itulah beliau melihat Rasulullah SAW bersolat dengan ada duduk istirahat. Dan apabila Malik mahu pulang ke tempatnya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".


Jawapan 2:

- Jika imam qunut, maka makmum juga mestilah meraikan pendapat imam. Tidak boleh berpecah semata-mata perbezaan pendapat feqah.

Kata Ibn Taimiyyah: Harus bersolat secara berjemaah sesama mereka (yang berbezah pendapat). Sebagaimana para sahabat, tabieen dan imam-imam selepas mereka bersembahyang sesama mereka, walaupun mereka berbeza pendapat dalam masalah-masalah feqah.

Katanya lagi: Tidak ada salaf pun yang mengatakan tidak boleh berjemaah sesama mereka yang berbeza pendapat. Sesiapa yang mengingkari hakikat ini, maka dia sesat dan berbuat bidaah, serta menyalahi Quran, sunnah dan ijmak.

Katanya lagi: Ada kalangan sahabat yang membaca Bismillah ketika solat, ada yang tidak membacanya. Ada yang membaca Bismillah secara nyaring, dan ada yang memperlahankannya. Ada yang membaca qunut pada solat Subuh, dan ada yang tidak membacanya.

- Bacaan qunut yang berbentuk doa, imam membacanya dengan lafaz jamak manakala makmum mengaminkannya. Adapun lafaz puji-pujian kepada Allah, imam membacanya dan makmum hanya diam atau membaca sendirian dengan perlahan.

- Style tersebut adalah kerana permulaan qunut adalah doa (imam membaca dan makmum mengaminkan), dan akhir qunut itu adalah pujian-pujian kepada Allah. Maka makmum boleh senyap atau membaca perlahan.

Wallahu A'lam.

HURAIAN AL-FATIHAH

HURAIAN AL-FATIHAH



1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang [1].

[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan- Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

2. Segala puji [2] bagi Allah, Tuhan semesta alam [3].

[2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya karena perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafal rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah).

'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah pencipta semua alam-alam itu.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai [4] di Hari Pembalasan [5].

[4] Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. Dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.

[5] Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah [6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan [7].

[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

[7] Nasta'iin (minta pertolongan) , terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

6. Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus,

[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.

7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat [9].

[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Muqaddimah

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Surat ini disebut Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran. Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.

Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

1. Keimanan :

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan) . Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah, selanjutnya lihat no. [6].

2. Hukum-hukum :

Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah :

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Monday, 25 July 2011

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'

Penangan Ilmu Lubang Jarum....

Berhati2 kalau nak buang pads...mcm2 org boleh buat...gerun baca kisah nih

Buat renungan bersama.......

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah..." rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Dunia Akhir Zaman